Imam Ghazali menggariskan sifat mahmudah(terpuji) kepada beberapa bahagian:
1)TAUBAT:
-Keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar,melalui jalan ilmu,penyesalan dan niat
untuk tidak mengulanginya.
2)TAKUT AKAN ALLAH S.W.T:
-Perasaan takut terhadap Allah s.w.t akan membuatkan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya.
3)MAHABBAH:
-Mengasihi Allah s.w.t dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan
rela berjuang kerana mempertahankan Islam..
4)ZUHUD:
-Kehidupan insan Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan
dan meninggalkan perkara yang tidak baik.
5)SABAR:
-Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan.Ia merangkumi sabat atas ketaatan dan juga sabar dalam
menjauhi maksiat..
6)SYUKUR:
-Bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat kesihatan,rezeki,kemudahan hidup,kurniaan pancaindera dan
sebagainya..
7)IKHLAS DAN BENAR:
-Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini,amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan
dunia..
8)TAWAKKAL:
-Tawakkal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t setelah berazam.Seterusnya diikuti
dengan usaha.
9)REDHO DENGAN QADA' ALLAH S.W.T:
-Segala ketentuan Allah s.w.t sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh Insan
Mukmin..
10)MENGINGATI MATI:
-Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya,mereka itulah orang yang bijaksana..
WALLAHUA'LAM..
(selamat beramal..n___n..)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan