Sabtu, 30 Jun 2012

ISLAM ITU BEST!!^^

''Abang!Abang ni dah kahwin ke belum?''Tanya seorang pemuda yang duduk di sebelah saya di bahagian belakang Dewan Kuliah.Saat itu saya masih lagi bujang,sedang mengikuti kursus perkahwinan di salah sebuah pejabat agama daerah..
''Err..belum.Sebab tu la abang datang ke kursus kahwin ni.kenapa adik tanya?Adik ni dah kahwin ka?''soal saya membalas.
''Dah abang''.jawabnya.
''Macam mana boleh kahwin dulu baru datang kursus?Ni dah 'advance' ni.''Gurau saya yang akhirnya memperlihatkan betapa 'lurusnya' saya saat itu..
''Kami dikahwinkan dahulu setelah isteri disahkan mengandung selepas kami terlanjur,bang.''Suatu ungkapan yang jelas tetapi mengandungi kesal yang amat sangat di wajahnya.Soalan beliau seterusnya membuatkan jantung  saya hampir terhenti.:''Abang,nak tanya sikit boleh tak?saya nampak abang ni macam orang yang ada ilmu,''ujarnya tulus.
''Ilmu itu pinjaman dari allah ja dik,Apa yang abang boleh bantu?''jawap saya semula.''abang,tadi saya dengar ustaz kat depan tu cakap pasal akidah.Akidah tu apa ya bang/saya tak pernah tahu.''
Leretan istighfar mengalir panjang dari lidah saya.Seorang pemuda Islam tidak tahu mengenai akidah.Kalau diikutkan teknik orang dulu-dulu,rasanya pemuda ini dah tentu kena tengking atau kena karate ala-ala ''Naruto Shippuden'' gamaknya.
Lantas saya susuli pertanyaan beliau dengan menyatakan latar belakang,usia,pendidikan dan sebagainya.Ternyata beliau hanya baru berusia 18thun dan isterinya yang baru berusia 15tahun itu datang daripada keluarga yang tidak pernah mereka kenal akan solat,puasa dan Islam di rumah mereka.Kesempitan hidup,pendidikan yang gagal menambah faktor kesilapan yang telah dilakukan.Namun taubatnya sudah nampak bertunas.

FASTAQIM...


Apa khabar iman kita semua?pertemuan sulung ini harapnya dapat membuah kecintaan yang lebih mendalam terhadap agama Allah s.w.t.Cerita di atas tadi adalah sampel daripada ribuan cerita dan citra yang berlaku dalam realiti remaja umat Islam hari ini.Namun sinar dan cahaya masih ada buat mereka.

Fastaqim...Jangan takut dengan bunyinya.Ini sebenarnya satu slogan yang wajib tersemat dalam sanubari dan peribadi kita semua.Jom kita lihat sisipan daripada cahaya Rabbani dan sinar nabawi yang terpancar menerusi kalimah ini.

Kalimah ini berasal dalam surah Hud ayat 112:''maka tetapkanlah(fastaqim) kamu dalam jalan yang benar sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu''.Begitu juga dalam hadis riwayat Imam Muslim,Sufyan Bin Abdillah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w:''Wahai Rasulullah,khabarkan padaku sesuatu dalam islam ini suatu perkataan yang aku tidak perlu bertanya tentangnya selain darimu?''.Jawab Nabi s.a.w.:katakanlah:aku beriman kepada Allah dan kemudian beristiqamahlah (tetap teguh dalam beragama).''


Inilah seperkara yang amat sukar dalam hidup.Untuk beriman itu agak 'simple' pada kata-kata namun istiqamah selalunya parah perlaksanaannya.Mungkin ini boleh membantu,kata Saidina Umar Al-Khattab:''Istiqomah itu adalah seperti kamu berdiri terus dan teguh mematuhi suruhan Allah s.w.t dan menjauhi larangan-Nya tanpa berubah-ubah seperti musang.''{Lihat Ibn Qayyim dalam Madarij Al-Salikin}

Hmm..amacam?ada berani??Itulah barangkali ucapan mencabar yang sering terungkap di bibir para remaja dan pemuda.Ya,manusia itu lemah tetapi atas kelemahan ini kita cuba teguhkan dan kuatkan hati.Terus belajar,walaupun hanya mula merangkak.Bukankah dahulupun kita pernah merangkak dan hari ini kita sudah boleh berlari,melompat dan ada yang boleh buat ''parkour'' sekalipun.

Hakikatnya wahai para pemuda sekalian,jangan lagi leka.Benih iman sudah tersimpan kemas dalam hatimu.Suburkannya dengan Istiqomah.Istiqomah dengan Islam kerana dengannya kita akan jadi ''best''.Kita adalah yang paling ''best'' kerana Islam itu ''the best''.Apapun yang mendatang,jangan gentar.Bukankah kita remaja yang sangat ceria dan penuh ''energetic''.Jadi apa tunggu lagi...Fastaqim dan kecapi nikmat KEJAYAAN!!..^^

teks oleh:USTAZ AHMAD HUSNI ABD RAHMAN.
(penceramah / personaliti TV dan radio)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan