Sabtu, 30 Jun 2012

SUBAHAT PESTA DUNIA...T__T

Air matanya mengalir deras.Entah mengapa tangisannya susah hendak berhenti.Matanya sudah mula membengkak.Di luar,titis hujan mulai turun seolah-olah mengerti mendung hatinya.Dia benar-benar sedih hari itu.

Jernih air hujan yang menyimbah bumi membersihkan ruang udara persekitaran.Segar dan mendamaikan.Semoga manik-manik halus yang membasahi pipinya juga mampu membawa pergi dosa yang bersarang di dalam diri.Pintanya hanya satu,agar Allah s.w.t menerima rintihan hatinya.Dia meraup wajahnya sebelum menuju ke arah ruang tamu.

Hasrat di hatinya ingin menonton rancangan di televisyen.Dia gemar menonton rancangan agama,masakan dan kehidupan haiwan.Keunikan kejadian alam dan rekacipta.semua ini dapat memberikannya banyak info dan dapat menjana perkembangan mindanya.Pengisian begini juga dapat memberikan kefahaman dan membentuk peribadi yang mulia.Namun hari itu tidak ada rancangan yang menarik perhatiannya.Dia dapati,syarikat penyiaran hanya galak mengasak minda penonton kepada hiburan.Hiburan yang dikatakan dapat menenangkan jiwa.Bukankah hanya dengan mengingati Allah s.w.t hati akan berasa tenang.Mengingat Allah s.w.t tidak perlu mencurah segala tenaga sehingga lelah seluruh badan dantidak memerlukan modal melangit tinggi.Mudah dan percuma,malah boleh dilakukan di mana-mana.Tidak perlu menunggu pergi ke masjid dan surau.

Dia terlihat penari terkinja-kinja di atas pentas.Mereka sudah tidak mengikut batasan syarak.Berpegangan tangan sambil ligat menarik mengikut rentak lagu.Sekali-sekala dia terdengar pekik lolong peminat kononnya teruja dengan persembahan bertenaga mereka.Syaitan bersorang girang kerana pesta dosa mereka menjadi.Tugas mereka menyesatkan manusia juga berhasil.

Dia lantas menutup televisyen.Melihat itu semua hanya akan menyesakkan jiwanya.Dia tahu,keseronokan mereka hanya di pentas dunia,sedangkan dia ingin mendakap bahagia di sana...n__n




teks:NORJEHAN BAHARUDIN
(Gen Q)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan