Sabtu, 30 Jun 2012

SUBAHAT PESTA DUNIA...T__T

Air matanya mengalir deras.Entah mengapa tangisannya susah hendak berhenti.Matanya sudah mula membengkak.Di luar,titis hujan mulai turun seolah-olah mengerti mendung hatinya.Dia benar-benar sedih hari itu.

Jernih air hujan yang menyimbah bumi membersihkan ruang udara persekitaran.Segar dan mendamaikan.Semoga manik-manik halus yang membasahi pipinya juga mampu membawa pergi dosa yang bersarang di dalam diri.Pintanya hanya satu,agar Allah s.w.t menerima rintihan hatinya.Dia meraup wajahnya sebelum menuju ke arah ruang tamu.

Hasrat di hatinya ingin menonton rancangan di televisyen.Dia gemar menonton rancangan agama,masakan dan kehidupan haiwan.Keunikan kejadian alam dan rekacipta.semua ini dapat memberikannya banyak info dan dapat menjana perkembangan mindanya.Pengisian begini juga dapat memberikan kefahaman dan membentuk peribadi yang mulia.Namun hari itu tidak ada rancangan yang menarik perhatiannya.Dia dapati,syarikat penyiaran hanya galak mengasak minda penonton kepada hiburan.Hiburan yang dikatakan dapat menenangkan jiwa.Bukankah hanya dengan mengingati Allah s.w.t hati akan berasa tenang.Mengingat Allah s.w.t tidak perlu mencurah segala tenaga sehingga lelah seluruh badan dantidak memerlukan modal melangit tinggi.Mudah dan percuma,malah boleh dilakukan di mana-mana.Tidak perlu menunggu pergi ke masjid dan surau.

Dia terlihat penari terkinja-kinja di atas pentas.Mereka sudah tidak mengikut batasan syarak.Berpegangan tangan sambil ligat menarik mengikut rentak lagu.Sekali-sekala dia terdengar pekik lolong peminat kononnya teruja dengan persembahan bertenaga mereka.Syaitan bersorang girang kerana pesta dosa mereka menjadi.Tugas mereka menyesatkan manusia juga berhasil.

Dia lantas menutup televisyen.Melihat itu semua hanya akan menyesakkan jiwanya.Dia tahu,keseronokan mereka hanya di pentas dunia,sedangkan dia ingin mendakap bahagia di sana...n__n




teks:NORJEHAN BAHARUDIN
(Gen Q)

ISLAM ITU BEST!!^^

''Abang!Abang ni dah kahwin ke belum?''Tanya seorang pemuda yang duduk di sebelah saya di bahagian belakang Dewan Kuliah.Saat itu saya masih lagi bujang,sedang mengikuti kursus perkahwinan di salah sebuah pejabat agama daerah..
''Err..belum.Sebab tu la abang datang ke kursus kahwin ni.kenapa adik tanya?Adik ni dah kahwin ka?''soal saya membalas.
''Dah abang''.jawabnya.
''Macam mana boleh kahwin dulu baru datang kursus?Ni dah 'advance' ni.''Gurau saya yang akhirnya memperlihatkan betapa 'lurusnya' saya saat itu..
''Kami dikahwinkan dahulu setelah isteri disahkan mengandung selepas kami terlanjur,bang.''Suatu ungkapan yang jelas tetapi mengandungi kesal yang amat sangat di wajahnya.Soalan beliau seterusnya membuatkan jantung  saya hampir terhenti.:''Abang,nak tanya sikit boleh tak?saya nampak abang ni macam orang yang ada ilmu,''ujarnya tulus.
''Ilmu itu pinjaman dari allah ja dik,Apa yang abang boleh bantu?''jawap saya semula.''abang,tadi saya dengar ustaz kat depan tu cakap pasal akidah.Akidah tu apa ya bang/saya tak pernah tahu.''
Leretan istighfar mengalir panjang dari lidah saya.Seorang pemuda Islam tidak tahu mengenai akidah.Kalau diikutkan teknik orang dulu-dulu,rasanya pemuda ini dah tentu kena tengking atau kena karate ala-ala ''Naruto Shippuden'' gamaknya.
Lantas saya susuli pertanyaan beliau dengan menyatakan latar belakang,usia,pendidikan dan sebagainya.Ternyata beliau hanya baru berusia 18thun dan isterinya yang baru berusia 15tahun itu datang daripada keluarga yang tidak pernah mereka kenal akan solat,puasa dan Islam di rumah mereka.Kesempitan hidup,pendidikan yang gagal menambah faktor kesilapan yang telah dilakukan.Namun taubatnya sudah nampak bertunas.

FASTAQIM...


Apa khabar iman kita semua?pertemuan sulung ini harapnya dapat membuah kecintaan yang lebih mendalam terhadap agama Allah s.w.t.Cerita di atas tadi adalah sampel daripada ribuan cerita dan citra yang berlaku dalam realiti remaja umat Islam hari ini.Namun sinar dan cahaya masih ada buat mereka.

Fastaqim...Jangan takut dengan bunyinya.Ini sebenarnya satu slogan yang wajib tersemat dalam sanubari dan peribadi kita semua.Jom kita lihat sisipan daripada cahaya Rabbani dan sinar nabawi yang terpancar menerusi kalimah ini.

Kalimah ini berasal dalam surah Hud ayat 112:''maka tetapkanlah(fastaqim) kamu dalam jalan yang benar sebagaimana yang telah diperintahkan kepadamu''.Begitu juga dalam hadis riwayat Imam Muslim,Sufyan Bin Abdillah r.a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w:''Wahai Rasulullah,khabarkan padaku sesuatu dalam islam ini suatu perkataan yang aku tidak perlu bertanya tentangnya selain darimu?''.Jawab Nabi s.a.w.:katakanlah:aku beriman kepada Allah dan kemudian beristiqamahlah (tetap teguh dalam beragama).''


Inilah seperkara yang amat sukar dalam hidup.Untuk beriman itu agak 'simple' pada kata-kata namun istiqamah selalunya parah perlaksanaannya.Mungkin ini boleh membantu,kata Saidina Umar Al-Khattab:''Istiqomah itu adalah seperti kamu berdiri terus dan teguh mematuhi suruhan Allah s.w.t dan menjauhi larangan-Nya tanpa berubah-ubah seperti musang.''{Lihat Ibn Qayyim dalam Madarij Al-Salikin}

Hmm..amacam?ada berani??Itulah barangkali ucapan mencabar yang sering terungkap di bibir para remaja dan pemuda.Ya,manusia itu lemah tetapi atas kelemahan ini kita cuba teguhkan dan kuatkan hati.Terus belajar,walaupun hanya mula merangkak.Bukankah dahulupun kita pernah merangkak dan hari ini kita sudah boleh berlari,melompat dan ada yang boleh buat ''parkour'' sekalipun.

Hakikatnya wahai para pemuda sekalian,jangan lagi leka.Benih iman sudah tersimpan kemas dalam hatimu.Suburkannya dengan Istiqomah.Istiqomah dengan Islam kerana dengannya kita akan jadi ''best''.Kita adalah yang paling ''best'' kerana Islam itu ''the best''.Apapun yang mendatang,jangan gentar.Bukankah kita remaja yang sangat ceria dan penuh ''energetic''.Jadi apa tunggu lagi...Fastaqim dan kecapi nikmat KEJAYAAN!!..^^

teks oleh:USTAZ AHMAD HUSNI ABD RAHMAN.
(penceramah / personaliti TV dan radio)

Ya Allah..Abadikan Hati Ini Dengan Sifat Mahmudah(Terpuji).

Imam Ghazali menggariskan sifat mahmudah(terpuji) kepada beberapa bahagian:


1)TAUBAT:
   -Keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar,melalui jalan ilmu,penyesalan dan niat          
     untuk tidak mengulanginya.

2)TAKUT AKAN ALLAH S.W.T:
   -Perasaan takut terhadap Allah s.w.t akan membuatkan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan larangan-Nya.

3)MAHABBAH:
   -Mengasihi Allah s.w.t dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan
     rela berjuang kerana mempertahankan Islam..

4)ZUHUD:
   -Kehidupan insan Mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan
    dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

5)SABAR:
   -Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan.Ia merangkumi sabat atas ketaatan dan juga sabar dalam
     menjauhi maksiat..
   
6)SYUKUR:
   -Bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat kesihatan,rezeki,kemudahan hidup,kurniaan pancaindera dan
     sebagainya..

7)IKHLAS DAN BENAR:
   -Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini,amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan
    dunia..

8)TAWAKKAL:
   -Tawakkal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah s.w.t setelah berazam.Seterusnya diikuti
     dengan usaha.

9)REDHO DENGAN QADA' ALLAH S.W.T:
   -Segala ketentuan Allah s.w.t sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh Insan
     Mukmin..

10)MENGINGATI MATI:
   -Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya,mereka itulah orang yang bijaksana..

WALLAHUA'LAM..

(selamat beramal..n___n..)

Ya Allah..Bimbinglah hamba-Mu ke jalan Yang Lurus..

Firman Allah S.W.T dalam ayat ke-6 surah Al-Fatihah maksudnya:
''Bimbinglah kami ke jalan yang lurus''

Ayat ini merupakan suatu doa yang dipanjatkan setelah hamba-Nya mempersembahkan segala pujian kepada-Nya (ayat pertama hingga ayat 4) diikuti dengan pengiktirafan rasa kehambaan dan ketelusan dalam beribadah (ayat 5).Ayat ke-6 dan ayat ke-7 pula adalah akuan permohonan kepada Allah s.w.t agar medapat bimbingan.

Perkara ini merupakan keadaan yang sempurna bagi seorang hamba yang mengajukan permintaan.Setelah dia memuji Allah s.w.t,kemudian memperakui komitmennya sebagai hamba,akhirnya dia memanjatkan keperluannya dan saudara seakidah dengannya yang lain.Selain itu,permohonan yang sempurna dapat mempermudahkan pemberian yang dihajatkan itu juga berlaku apabila seseorang hamba memberitahu keadaan dan keperluannya terhadap bantuan Allah s.w.t.

Contoh peristiwa:


Contoh yang paling tepat ialah peristiwa doa nabi Musa A.s sewaktu melarikan diri ke Madyan.Nabi Musa a.s yang masih dihantui rasa bersalah kerana membunuh tanpa niat,berhadapan dengan tempat yang tidak pernah dikenalinya,berjauhan dari negeri asal,tanpa saudara,tanpa kenalan.Pergantungannya mutlak kepada Allah s.w.t.

Dalam suasana seperti itu,kata-kata yang terbit dari hati kecilnya hanyalah memohon kepada Allah s.w.t bntuan ihsan daripada-Nya..Kata-kata yang menampakkan kehambaan ini diabadikan Allah s.w.t menerusi ayat ke-24 surah Al-Qasas,maksudnya:''Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternakan mereka,kemudian dia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata:''Wahai Tuhanku,sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.''

Bimbingan Yang Utama:


Berbalik kepada ayat ke-6 surah Al-Fatihah,di sini kita dapat fahami bahawa petunjuk yang sebenarnya hanya datang daripada Allah s.w.t.Petunjuk yang mempunyai berbagai bentuk,sesuai dengan peranan seseorang individu itu.Firman-Nya dalam surah Taha ayat ke-50,bermaksud:''Nabi Musa menjawab:Tuhan kami adalah yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu kejadian semula jadinya yang sesuai dengannya,kemudian ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya.''.sodaqollahul-'azim.

Manusia secara dasarnya dibekalkan dengan dorongan untuk mencari perkara yang diperlukan.Namun melalui naluri semata-mata tidak membolehkan manusia mencapai sesuatu yang tidak mampu dilihatnya.Justeru manusia memerlukan bimbingan Allah s.w.t agar tidak tersilap lantaran terlalu bergantung pada naluri dan akal semata-mata..

Ikhlas Mengharungi Kehidupan:


Sentiasalah berdoa agar dapat mengharungi kehidupan seharian dengan harta dan rezeki yang diusahakan dari sumber yang halal,ilmu yang dicari secara ikhlas,kesihatan yang dijaga sebaiknya,dan lain-lain semuanya menyumbang dalam bentuk sebuah pakej yang sempurna ke arah kesempurnaan perjalanan dan melancarkannya..

Seorang sahabat Rasulullah s.a.w berbangsa Yahudi,Abdullah Bin Salam,selepas memeluk islam,telah bermimpi.Dalam tidurnya beliau terlihat bahawa beliau diperintahkan oleh seseorang agar melalui jalan yang lurus yang membawanya ke suatu kebun yang damai lagi mengasyikkan keindahannya.Di hujungnya terdapat tiang yang tinggi menjulang ke langit.Setelah memanjatnya seperti yang disuruh,beliau akhirnya berpegang kuat pada rantai daripada emas di bahagian atasnya..

Nabi Muhammad s.a.w telah mentafsirkan mimpi itu bahawa jalan yang lurus itu adalah jalan ahli syurga,taman itu adalah taman kehidupan dalam islam,tiang itu adalah perlaksanaan rukunnya,dan rantai emas itu adalah akidah yang benar..

Demikianlah benarnya Firman Allah s.w.t dalam ayat ke-6 ini bahawa di hujung jalan yang benar ini terdapat redho-Nya.Di situlah juga bersemadinya rahmat-Nya dalam taman-taman syurga yang berkekalan nikmatnya..

Wallahua'lam..